Cari @ Amanz

Oculus Rift S ialah peranti realiti maya terkini dari Oculus untuk digunakan pada PC. Ia adalah peranti kemas kini kepada Oculus Rift yang dilancarkan tiga tahun yang lalu. Penambahbaikan dilakukan pada skrin yang beresolusi lebih tinggi serta sokongan mengesan pergerakan di dalam ruang secara tiga dimensi. Ini dilakukan menerusi lima sensor pada bahagian hadapan Rift S dan tanpa menggunakan sensor tambahan luaran.

Rekaan tali kepala juga ditambah baik dengan bantuan Lenovo bagi meningkatkan keselesaan ketika sesi permainan. Alat kawalan baharu yang disertakan adalah yang sama seperti yang digunakan pada Oculus Quest yang dilancarkan September tahun lalu. Terdapat fon kepala terbina pada Rift S tetapi pengguna boleh menggunakan fon kepala sendiri dengan sokongan bicu audio. Oculus Rift S akan dijual seawal bulan hadapan pada harga $399 (~RM 1600) setiap set.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd