Cari @ Amanz

Lenovo Z6 Pro Akan Dilengkapi Dengan Lensa Makro 2.39mm

Link Copied!

Peranti mercu Lenovo untuk tahun 2019 adalah Lenovo Z6 Pro. Masih banyak lagi tanda tanya mengenai peranti ini, sejak ia diacah pada acara MWC Barcelona beberapa bulan lepas. Baru-baru ini, Lenovo hadir dengan poster baru yang mengacah satu lagi fungsi yang berkait dengan kamera peranti mereka.

Poster ini menyatakan yang kamera Lenovo Z6 Pro mempunyai lensa adi-makro 2.39mm. Ini bermakna, ia mampu mengambil gamabr jarak dekat seperti serangga, corak pada daun, butiran pada kuntum bunga dan banyak lagi pada kualiti tinggi. Akan tetapi, tidak pasti jika ia benar-benar lensa makro, ataupun hanya kemampuan zum. Peranti ini turut disahkan akan dijana dengan Snapdragon 855, secara tidak langsung menjadikan peranti Snapdragon 855 kedua Lenovo selepas Z5 Pro GT.

Sebelum ini Lenovo telah mengacah akan kewujudan fungsi Hyper Video yang menggunakan teknologi 5G untuk rakaman video. Ada kemungkinan juga yang ini semua hanyalah gimik semata-mata seperti yang Lenovo lakukan pada Lenovo Z5 tahun lepas.


Komen ()