Cari @ Amanz

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Diumumkan

Link Copied!

Demam filem Avengers End Game semakin dapat dirasai seperti sinaran cahaya bintang di Nidavellir. Seperti filem-filem Avengers sebelum ini, End Game juga bakal mempunyai telefon pintar edisi khas. Kali ini Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition bakal dilancarkan.

Dari imej acah yang dikongsi oleh pihak Oppo, perubahan yang dilakukan adalah pada kemasan luaran peranti.  Panel belakang bewarna biru lengkap dengan corak heksagon yang disusun seakan sarang lebah. Logo Avengers berwarna merah juga disertakan. Peranti juga akan hadir dengan imej latar belakang logo Avengers.

Tiada maklumat sama ada spesifikasi peranti akan mengalami perubahan yang drastik berbanding edisi biasa. Tarikh dan harga jualan Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tahun lalu OnePlus 6 edisi Avengers dijual lengkap dengan kerangka berbentuk Iron Man. Sebelum itu pula Samsung Galaxy S6 Edge versi Iron man turut dilancarkan sempena filem Avengers Age Of Ultron.


Komen ()