Xiaomi telah pun mengasingkan siri Redmi mereka menjadi satu sub-jenama baru. Sejak Redmi diumumkan, sudah terdapat tiga peranti dilancarkan; Redmi 7, Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro. Tetapi, satu peranti yang telah diumumkan Redmi menarik perhatian orang ramai adalah peranti mercu dari Redmi yang dijana Snapdragon 855.
Tetapi pada bulan Mac lepas, CEO Redmi di China telah mengesahkan yang Redmi dengan Snapdragon 855 tidak akan hadir dalam masa terdekat. Terkini, lagi informasi mengenai peranti ini telah diketahui. Redmi dengan Snapdragon 855 disahkan akan mengekalkan bicu audio 3.5mm. Agak menarik untuk sebuah peranti mercu tahun 2019 mengekalkan bicu audio.
Sebelum ini pernah tertiris peranti Redmi dengan Snapdragon 855. Peranti ini dilihat berada di atas meja bersama-sama dengan CEO Redmi, Lu Weibing. Adakah ini peranti yang bakal dilancarkan kelak?