Carian
Redmi Y3 Dengan Kamera Swafoto ‘Super Selfie’ 32MP Akan Dilancarkan 24 April Ini
April 16, 2019 Fahim Zahar

Minggu lepas, Naib Presiden Xiaomi Global telah mengacah peranti Redmi Y3 dengan kamera swafoto 32MP. Ada kemungkinan besar yang Redmi Y3 adalah nama lain bagi Redmi 7 Pro, kerana kod nama buat peranti ini mencadangkan yang sedemikian. Terkini, Twitter Xiaomi India telah mengicau mengenai tarikh pelancaran Redmi Y3.

Redmi Y3 akan dilancarkan pada 24 April kelak. Peranti ini akan memfokuskan kamera swafoto dengan kebolehan ‘Super Selfie’, di mana lensa yang digunakan adalah lensa 32MP. Dari sampel yang telah diacah minggu lepas, kamera swafoto peranti ini dilihat agak baik. Namun, kita hanya akan ketahui kebenaran pada 24 April kelak.

Seperti yang tersenarai dalam TENAA sebelum ini, poster yang Xiaomi India kicau baru-baru ini mengesahkan yang peranti ini turut akan menggunakan skrin bertakuk kecil. Takuk ini akan menempatkan kamera swafoto 32MP ini.

Komen