Cari @ Amanz

Qualcomm dan Apple telah “berperang” sejak sekitar dua tahun yang lepas, memperlihatkan kedua-dua syarikat bertemu di beberapa mahkamah dalam hal-hal berkaitan paten. Selepas melalui beberapa perbicaraan di beberapa buah negara, kini kedua-dua syarikat berkenaan bersetuju untuk menamatkan semua pertikaian.

Melalui penyelesaian yang dicapai, Apple akan membuat sejumlah pembayaran kepada pihak Qualcomm. Disamping itu, kedua-dua syarikat turut telah bersetuju untuk perlesenan pada peringkat global, selain persetujuan untuk pembekalan cipset.

Sebelum ini, Apple telah memperkatakan Qualcomm meminta bayaran yang terlalu tinggi untuk penggunaan paten, sementara Qualcomm pula mengatakan Apple melanggar paten mereka, dan telah memenangi kes saman mereka di beberapa buah negara.

Pengumuman ini juga hadir pada hari sama Intel mengatakan akan menamatkan perniagaan modem 5G untuk telefon pintar. Sebelum ini, Intel turut menawarkan modem untuk Apple, tetapi dengan pengumuman ini, nampaknya kita akan melihat iPhone pada masa akan datang bakal menggunakan modem 5G daripada Qualcomm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd