Razer Core X dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu sebagai ganti kepada Razer Core. Ia adalah kerangka kad grafik luaran yang boleh digunakan pada komputer riba Windows dan Mac. Dengan penggunaan kad grafik luaran ini, permainan video generasi terkini bokeh dimainkan pada tetapan tertinggi walaupun pada sebuah komputer riba kerja seperti MacBook Air.
Hari ini model kemas kini Razer Core X Chroma dilancarkan dengan sokongan lampu LED Razer Chroma. Sumber kuasa dipertingkatkan ke 700W berbanding 650W sebelum ini. Ia menyokong sambungan ThunderBolt 3, USB dan juga sebuah port LAN. Pengguna bebas menggunakan kad grafik yang dihasilkan oleh AMD ataupun NVIDIA. Razer Core X akan mula dijual bermula 16 April pada harga $399.99 (~RM 1600) sebuah.