Cari @ Amanz

OnePlus 3/3T adalah peranti mercu OnePlus yang dilancarkan pada tahun 2016. Ini bermakna tahun 2018 sepatutnya adalah tahun akhir untuk peranti ini menerima kemaskini utama. OnePlus ‘sayang’ akan pengguna mereka, jadi OnePlus 3/3T dijanjikan akan menerima kemaskini Android Pie. Cuma pada tahun lepas, OnePlus telah memberitahu yang ia akan mengambil masa sedikit lama untuk dibangunkan.

Kini, pengguna OnePlus 3/3T boleh bersenyum lebar dan tidak lagi perlu bergantung kepada custom ROM – kerana OxygenOS berasaskan Android Pie kini boleh diuji secara terbuka kepada dua peranti ini. Dengan kemaskini ini, OnePlus 3/3T secara tidak langsung telah merasai 4 generasi sistem operasi Android; Marshmallow, Nougat, Oreo dan Pie.

Bukan itu sahaja, kemaskini ini juga membawakan tampalan sekuriti terkini – April 2019. Agak jarang untuk sebuah peranti menerima kemaskini empat generasi sistem operasi. Jangan tunggu lagi, kepada pemilik OnePlus 3/3T – ayuh ke forum rasmi OnePlus dan muat turun kemaskini ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd