Harga OnePlus 7 Akan Lebih Mahal Berbanding OnePlus 6T

Harga OnePlus 7 Akan Lebih Mahal Berbanding OnePlus 6T

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Walaupun jenama OnePlus kini berada di dalam kategori peranti premium lima teratas, OnePlus masih belum dapat menandingi iPhone lagi. Walau bagaimanapun, OnePlus dilihat tidak ingin mengalah dan ingin tawarkan peranti yang premium tetapi berbaloi dimiliki.

CEO OnePlus, Pete Lau – telah mengesahkan yang kicauan sebelum ini memberi petanda kepada teknologi paparan OnePlus 7 Pro. Ini bermakna, kemungkinan besar ura-ura paparan QHD+ 90Hz adalah benar. Namun hanya terhad kepada OnePlus 7 Pro sahaja. Pete Lau turut memberitahu yang beliau terkejut akan kepantasan dan kelanacaran skrin peranti mercu terbaru mereka.

Bukan itu sahaja, Pete Lau turut memberitahu yang harga OnePlus 7 Pro kelak akan jauh lebih mahal berbanding OnePlus 6T. Antara sebab adalah kos panel paparan mencecah tiga kali ganda. Pete Lau turut menghadapi cabaran untuk meyakinkan peminat setia OnePlus untuk terus membeli OnePlus 7 kelak. Walaupun mahal, tetapi ia dikatakan adalah berbaloi.

Kita sudah tahu yang OnePlus akan hadir dengan peranti 5G tahun ini. Menurut ura-ura ia adalah OnePlus 7 5G. Sebelum ini, Pete Lau pernah mengeluarkan kenyataan yang peranti 5G akan lebih mahal RM833- RM1250. Tambah pula dengan teknologi skrin baru, ia mungkin akan jadi peranti OnePlus termahal dalam sejarah.


TIPS & ULASAN