Carian
OnePlus 7 Pro Akan Dilengkapi Skrin QHD+ 90Hz
April 18, 2019 Effi Saharudin

OnePlus 7 dan 7 Pro dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei hadapan. Pihak OnePlus menjanjikan kedua-dua peranti ini bukan sahaja akan berfungsi dengan pantas tetapi pada masa yang sama adalah lancar menerusi video acah pertama. Turut didedahkan ialah peranti akan menggunakan skrin dwi-lengkung pada bahagian sisi.

OnePlus 7

Terkini menurut peniris Ishan Agarwal, OnePlus 7 Pro kelak akan dilengkapi skrin Super AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini akan menjadikannya peranti pertama OnePlus yang menyokong resolusi skrin yang tinggi ini. Ia juga memberikan keunikan kerana majoriti peranti di pasaran hanya dilengkapi skrin 60Hz. Hanya Razer Phone 2 mempunyai kadar segar semula yang lebih tinggi (120Hz) manakala ROG Phone mempunyai skrin LCD 90Hz.

Menurut beliau lagi peranti akan turut dilengkapi tri-kamera utama yang menyokong sudut lebar, telefoto dan ultra sudut lebar. Sistem pengecasan Warp Charge 30W dan pembesar suara stereo tidak dilupakan. Dengan penawaran yang lebih menarik ini, OnePlus dapat membezakan produk mereka dengan Oppo yang kembali menghasilkan peranti mercu menerusi Find X tahun lalu dan Reno tahun ini.

Komen