CEO Redmi Mendakwa Redmi Snapdragon 855 Adalah Peranti Mercu Paling Murah

CEO Redmi Mendakwa Redmi Snapdragon 855 Adalah Peranti Mercu Paling Murah

Diterbitkan pada Apr 26, 2019 oleh .

Redmi adalah sub-jenama Xiaomi yang mula beroperasi Februari lalu. Walaupun sudah banyak telefon pintar Redmi yang diperkenalkan, peminat jenama Xiaomi atau Redmi masih tertunggu akan pelancaran peranti Redmi yang dijana dengan Snapdragon 855.

CEO Redmi, Lu Weibing sudah pun mengesahkan akan kewujudan peranti ini. Baru-baru ini, Lu Weibing membuat kenyataan yang mendakwa Redmi 855 adalah peranti mercu terhebat dari segi nisbah harga/prestasi. Jika benar, peranti ini mungkin akan lebih hebat daripada Pocophone F1. Cuma, menjadi tanda tanya – jika Redmi 855 adlaah peranti mercu termurah, adakah Redmi dan Pocophone akan bersaing?

Peranti Redmi Snapdragon 855 ini dikatakan akan mempunyai nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, prestasi hebat, janhka hayat bateri hebat, kualiti kamera yang hebat dan juga mempunyai bicu audio. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN