Skrin OnePlus 7 Pro Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Skrin OnePlus 7 Pro Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Siri OnePlus 7 bakal dilancarkan pada 14 Mei ini. Apa yang menjadi tarikan adalah OnePlus 7 Pro, kerana ia akan menggunakan teknologi skrin yang lebih pantas dan lancar. Menurut ura-ura, OnePlus 7 Pro akan menggunakan skrin OLED QHD+ dan mempunyai kadar segar 90Hz.

Kini, DisplayMate iaitu syarikat yang menguji kehebatan skrin peranti telah menabalkan skrin OnePlus 7 Pro adalah yang terbaik dan menerima skor A+.  Ulasan penuh dan penjelasan DisplayMate mengenai skrin OnePlus 7 Pro ini akan diterbitkan pada hari pelancaran peranti, 14 Mei nanti. Agak mengejutkan, untuk peranti OnePlus ditabalkan sebagai skrin terbaik. Kali terakhir DisplayMate uji peranti mercu adalah semasa Galaxy S10. Ini bermakna, OnePlus sudah berada satu tahap dengan Galaxy S10.

Bukan sahaja sebagai 5 peranti premium terbaik, tetapi juga sebagai peranti dengan skrin terbaik. Perubahan ini mengambil OnePlus masa selama 3 tahun untuk berubah. Dari 2016 sehingga 2018, OnePlus asyik gunakan skrin 1080p sahaja. OnePlus 7 Pro dilihat memberi harapan baru kepada peminat.


TIPS & ULASAN