CEO Redmi Mengesahkan Peranti Snapdragon 855 Bukan Redmi X – Jangan Percaya Poster Yang Tertiris

CEO Redmi Mengesahkan Peranti Snapdragon 855 Bukan Redmi X – Jangan Percaya Poster Yang Tertiris

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Peranti Redmi yang dijana Snapdragon 855 adalah peranti Redmi yang dinanti-nantikan orang ramai. Ini kerana, sudah ramai yang mungkin bosan dengan Pocophone F1 yang terasa murahnya dan ingin mencari pengganti yang jauh lebih baik.

Baru-baru ini ada tertiris poster yang mengatakan nama peranti ini adalah Redmi X. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilihat akan bekerjasama dengan Marvel Studio’s Avengers: Endgame – kerana poster tersebut memaparkan gambar Iron Man. Sayang sekali, peranti yang dijana Snapdragon 855 bukanlah Redmi X. CEO Redmi telah mengesahkan yang nama peranti ini akan mempunyai nama yang lebih hebat dan jauh lebih baik.

Walau bagaimanapun, ini tidak dinafikan peranti Redmi X tidak wujud. Ada kemungkinan ia adalah peranti Redmi yang dijana Snapdragon 730 yang memfokuskan permua. Redmi juga dikatakan adalah antara yang terawal akan menggunakan cip pemproses ini pada peranti mereka. Apa-apa pun, jangan mudah terpedaya dengan poster di Internet – sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kelak.


TIPS & ULASAN