Cari @ Amanz

OnePlus bakal melancarkan siri OnePlus 7 14 Mei ini. Setakat ini yang paling menarik perhatian adalah OnePlus 7 Pro. Ini kerana, fokus OnePlus kali ini adalah menghasilkan peranti mercu premium yang mempunyai spesifikasi-spesifikasi hebat.

Kita sudah tahu yang OnePlus 7 Pro mempunyai paparan terbaik. Ia sudah diuji oleh DisplayMate dan dan mempunyai skor A+. Terkini, Pete Lau telah mengicau yang paparan OnePlus 7 Pro turut diiktiraf dengan sokongan HDR10+. Melalui sokongan ini, paparan OLED 90Hz OnePlus 7 Pro turut akan menawarkan hasil warna yang menarik, nilai Dynamic Range yang tinggi dan juga pengalaman menonton kandungan yang mengasyikkan.

HDR10+ adalah jauh lebih baik daripada HDR10. Ini kerana HDR10+ mempunyai kemampuan kecerahan sehingga 4000 nits dan tidak seperti HDR10 yang hanya terhad kepada 3000 nits. OnePlus dilihat benar-benar mengikut jejak langkah Samsung melalui siri Galaxy S10.

Sebelum ini, Pete Lau turut mengesahkan yang OnePlus 7 Pro tidak akan mempunyai sijil pengiktirafan IP untuk ketahanan air. Namun, peranti ini boleh sahaja diredam dalam air tanpa sebarang masalah. Kini menjadi persoalan, bagaimanakah harga jualan OnePlus 7 Pro kelak?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd