Pembangunan Google Pixel 3a Diketuai Dan Diuruskan Oleh Pasukan HTC Sepenuhnya

Pembangunan Google Pixel 3a Diketuai Dan Diuruskan Oleh Pasukan HTC Sepenuhnya

Diterbitkan pada Mei 9, 2019 oleh .

Google Pixel 3a dan Google Pixel 3a XL adalah siri peranti kelas pertengahan baharu Google. Salah satu sebab ia dilancarkan adalah kerana Google sedar yang pasaran peranti mercu mempunyai banyak saingan dan menjual harga yang mahal adalah satu isu besar. Dengan pengenalan terhadap Pixel 3a mereka mengharapkan peningkatan jualan.

Jika siri Pixel 3 tahun lepas dibangunkan oleh pasukan Google tersendiri dan peranti dipasang di Foxconn, bagaimana pula dengan Pixel 3a? Menurut Bloomberg, siri Pixel 3a dibangunkan oleh pasukan HTC yang Google beli. Bukan itu sahaja, pasukan HTC ini turut mengetuai keseluruhan projek Pixel 3a dan ia dilakakukan di Taiwan.

Pasukan HTC telah mengetuai projek ini sepenuhnya. Baik dari segi perisian atau perkakasan, segalanya adalah perspektif daripada HTC. Walau bagaimanapun, terdapat ura-ura yang mengatakan Google sebenarnya mempunyai banyak pasukan berbeza dalam pembangunan peranti pintar. Mereka dikatakan bersaing antara satu sama lain dan yang terbaik akan dipilih. Untuk Pixel 3a HTC menerima kredit.

Kelak di masa hadapan, Google mungkin akan teruskan kerjasama seperti ini. Mereka sedar Pixel 3 XL dengan takuk hodoh itu adalah satu penyesalan. Google turut sudah mempunyai prototaip peranti boleh lipatprototaip peranti boleh lipat. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN