Cari @ Amanz

Teknologi dan fesyen bergerak seiringan. Apabila bahan nilon dan plastik dicipta, dunia fesyen tang terawal menggunakannya sebagai ganti kepada fabrik konvensional. Kita kini di tahun 2019 dan jenama mewa Louis Vuitton telah memperlihatkan beg tangan dengan panel melengkung pada bahagian sisi.

Dua jenis rekaan diperlihatkan dengan dua skrin pada bahagian sisi dan sebuah lagi dua skrin LCD melengkung menjadi tubuh beg yang berbentuk berbentuk seperti sebuah baldi. Kesemua skrin memaparkan video yang bergerak semasa diperagakan di atas landasan fesyen. LV ialah antara syarikat jenama mewah yang berani menggunakan teknologi untuk kekal relevan dengan pengguna. Sebelum ini mereka ada melancarkan jam tangan pintar , kerangka iPhone dan fon kepala mewah berjenama sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd