Dompet Digital Boost Kini Boleh Digunakan Di Restoran KFC Seluruh Negara

Dompet Digital Boost Kini Boleh Digunakan Di Restoran KFC Seluruh Negara

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Penggunaan dompet digital meletus tahun lalu di Malaysia selari dengan inisiatif kerajaan untuk merealisasikan impian negara nirtunai sepenuhnya. Bagi pengguna dompet digital Boost, anda kini boleh menggunakannya di rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).

Boost ialah perkhidmatan dompet digital terbesar di Malaysia dengan lebih 4 juta pengguna. Sempena pengenalan sistem Boost ini, pelanggan akan menerima pulangan tunai sebanyak RM5 dengan pembelian minima RM20 di KFC bermula hari ini hingga 31 Mei 2019. Selain Boost, dompet digital Touch ‘n Go, dan Maybank QR Pay juga boleh digunakan bagi pembelian KFC di seluruh negara.


TIPS & ULASAN