Cari @ Amanz

Oppo Bakal Hadir Dengan Oppo K3 – Dijana Snapdragon 710 Dan Kamera Pop-Naik 16MP

Link Copied!

Pada April lepas, Oppo telah memberi kenyataan yang mereka akan menamatkan siri Oppo R dan akan memfokuskan kepada siri Find X dan Reno sahaja. Ini secara tidak langsung menjadikan Oppo R17 Pro adalah peranti Oppo R terakhir. Semalam di Malaysia, Oppo telah pun melancarkan Oppo Reno edisi Snapdragon 710. Ia adalah sebuah peranti kamera pop-naik dengan rekaan sirip jerung, kelihatan premium dan dijual pada harga RM1999 untuk 6/256 GB.

Menjadikan persoalan, adakah benar Oppo akan fokus kepada dua siri sahaja? Jawapannya tidak, Oppo bakal hadir dengan siri K pula. Peranti terbaru yang tertiris di arena web adalah Oppo K3. Oppo K3 akan hadir dengan sistem kamera pop-naik 16MP, pengimbas cap jari dalam skrin dan juga akan dijana dengan Snapdragon 710. Untuk memori ia akan dipadankan dengan 8/128 GB dan mempunyai skrin FHD+ bersaiz 6.3-inci. Kamera utama adalah 16+2 MP dan menyokong sistem pengecasan pantas 20W melalui USB-C. Harga jangkaan peranti ini adalah RMB2199, iaitu sekitar RM1329 sahaja.


Komen ()