Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S Mengeluarkan Amaran Ancaman Sekuriti Dari Dron Buatan China

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S Mengeluarkan Amaran Ancaman Sekuriti Dari Dron Buatan China

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Dalam masa tujuh hari sekatan yang dikenakan ke atas Huawei mula melihatkan kesan dengan Google akan menghalang lesen penggunaan Android serta Intel menghentikan jualan cip. Hari ini Huawei diberikan pelepasan sementara sehingga Ogos bagi membolehkan proses kemas kini perisian. Huawei dikenakan sekatan kerana didakwa memberikan ancaman keselamatan ke atas A.S.

Terkini Jabatan Keselamatan Dalam NegeriĀ  (DHS) A.S mengeluarkan amaran ancaman yang sama tentang penggunaan dron dari China pula. Menurut DHS, dron buatan China menghantar data mengenai lokasi kembali ke negara asal. Data ini kemudian mungkin akan dikongsi pula dengan pihak kerajaan China yang boleh menimbulkan pelbagai masalah sekuriti.

Nama syarikat yang disyaki tidak dikongsi tetapi sebelum ini penggunaan dron buatan DJI telah diharamkan untuk anggota tentera A.S. Terdapat spekulasi selepas Huawei, DJI juga akan menerima sekatan pengeksportan teknologi dari Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN