Samsung Melancarkan Modul Kamera Dengan Kemampuan Zum Optikal 5X

Samsung Melancarkan Modul Kamera Dengan Kemampuan Zum Optikal 5X

Diterbitkan pada Mei 22, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S1 dan S10+ dilancarkan dengan kemampuan zum optikal sehingga 2X sahaja tahun ini. Oleh sebab itu ia kini sering dibandingkan dengan Huawei P30 Pro dan Oppo Reno 10X Zoom Edition yang mempunyai kemampuan zum optikal yang lebih baik kerana penggunaan mekanisme periskop baharu.

Tetapi Samsung kini mempunyai jawapan kepada dua peranti pesaing ini setelah melancarkan modul kamera keluaran sendiri dengan kemampuan zum optikal 5X. Samsung Electro-Mechanics mengumumkan pengeluaran modul ini telahpun dilakukan. Rekaan modul ini lebih besar berbanding yang dihasilkan oleh Samsung sebelum ini. Mungkin ini adalah kerana ia turut menggunakan sistem periskop.

Terdapat kemungkinan ia bakal digunakan pada Galaxy Note 10 kelak bagi membolehkannya bersaing dengan dua peranti China yang kami sebutkan tadi. Tahun ini Samsung telah mengambil alih firma Corephotonics yang bertanggungjawab membangunkan sistem periskop untuk peranti Oppo.


TIPS & ULASAN