Huawei Mate 20 Pro Tidak Lagi Dalam Senarai Peranti Program Android Q Beta

Huawei Mate 20 Pro Tidak Lagi Dalam Senarai Peranti Program Android Q Beta

Diterbitkan pada Mei 22, 2019 oleh .

Ketika acara Google I/O dua minggu yang lalu, sebanyak 21 peranti disenaraikan di dalam program Android Q Beta. Peranti Mate 20 Pro adalah satu-satunya keluaran Huawei yang dapat mencuba sistem operasi ini lebih awal. Hari ini ia tidak lagi dapat dilihat pada laman rasmi Android Q Beta.

Google Android QPenarikan ini memang telah dijangka selepas Google menarik pelesenan Android dari Huawei bagi mematuhi arahan Jabatan Perdagangan A.S. Bagi pengguna Mate 20 Pro ini pastinya mengecewakan kerana kelonggaran 90 hari yang diberikan oleh kerajaan A.S semalam nampaknya menghalang peranti mereka dari terus mencuba Android Q Beta.


TIPS & ULASAN