Cari @ Amanz

OnePlus 7 Pro dilancarkan di Malaysia minggu lalu pada harga yang agak kompetitif. Berbeza dengan peranti mereka sebelum ini, OnePlus akhirnya membawakan sokongan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia menerima banyak pujian kerana memberikan pengalaman peranti yang berfungsi jauh lebih lancar.

Tetapi menurut Android Police, sebilangan kecil pengguna melaporkan masalah skrin mengesah sentuhan yang tidak dilakukan. Masalah Phantom Touch ini dapat dilihat di atas. Peranti melakukan beberapa aksi pada skrin walaupun peranti tidak disentuh. Ini adalah masalah yang sebelum ini kami lihat sendiri pada Galaxy S7 Edge semasa ia mula dipasarkan tiga tahun lalu. Pihak Samsung memberikan kemas kini yang mengurangkan kepekaan pengesan sentuhan untuk menyelesaikannya.

OnePlus telah dimaklumkan mengenai isu ini dan meminta pengguna yang mengalaminya untuk melakukan laporan menerusi aplikasi atau forum pengguna. `

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd