OnePlus 5/5T Akan Menerima Kemaskini Android Q Tahun Ini

OnePlus 5/5T Akan Menerima Kemaskini Android Q Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

Peranti-peranti OnePlus sejak OnePlus Two menjalankan sistem operasi Oxygen OS yang berasaskan Android. Oxygen OS juga dikatakan adalah sistem operasi yang paling menghampiri Android asli, cuma ia mempunyai lebih banyak ciri dan fungsi menarik. Jadi, kemaskini buat peranti-peranti OnePlus boleh dikatakan pantas dan pihak OnePlus tidak melupakan peranti lama seperti – OnePlus 3/3T yang sudah mula menerima kemaskini Android Pie walaupun sudah berusia 3 tahun.

Android Q

Terkini, OnePlus telah menjanjikan kemaskini lain buat peranti dua tahun lepas mereka – OnePlus 5 dan OnePlus 5T. Menurut OnePlus, dua peranti ini turut akan menerima kemaskini Android Q tahun ini. Cuma tidak pasti ia akan hadir dalam bentuk beta seperti yang terdapat pada OnePlus 6/6T/7 Pro/7 atau akan hadir terus dalam bentuk Oxygen OS Open Beta. Perkara ini agak menarik dan pasti membuatkan ramai pengguna OnePlus gembira.

Sebentar tadi kami sudah pun melaporkan yang ciri/fungsi menarik dari Oxygen OS untuk siri OnePlus 7 turut akan hadir kepada OnePlus 5 sehingga OnePlus 6T. Ini menjadikan peranti lama OnePlus masih hebat dan pengguna mungkin tidak perlu membeli OnePlus 7 Pro yang harganya agak mahal untuk menikmati ciri/fungsi hebat Oxygen OS terbaru.


TIPS & ULASAN