Aplikasi YouTube Gaming Akan Dimatikan Pada 30 Mei Ini

Aplikasi YouTube Gaming Akan Dimatikan Pada 30 Mei Ini

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Percaya atau tidak industri e-sukan di dunia ini semakin berkembang pesat. Banyak platform permainan video di dunia dan disebabkan ini adalah zaman yang kita sebagai pengguna bergantung kepada Internet, platform penstriman juga adalah wajib untuk e-sukan. Antara yang popular adalah Twitch, kemudian Facebook turut mempunyai platform tersendiri dan begitu juga YouTube dengan YouTube Gaming. Tahun lepas selama 50 Bilion jam video telah ditonton di YouTube Gaming.

Kemudian, YouTube telah memperkenalkan hab permainan baharu yang terbina dalam YouTube itu sendiri. Sebelum ini di peranti mudah alih, YouTube Gaming adalah melalui aplikasinya tersendiri. Ketika YouTube mengumumkan hab baharu ini, mereka turut memberitahu yang aplikasi tersendiri YouTube Gaming akan dimatikan. Namun, tarikhnya belum diumumkan lagi. Terkini melalui laman bantuan YouTube Gaming, Google telah memberi notis yang aplikasi YouTube Gaming akan dimatikan pada 30 Mei ini.

Dalam laman itu juga turut menyatakan yang selepas bulan Mei, YouTube Gaming akan difokuskan sepenuhnya pada laman YouTube biasa. Untuk pergi ke hab YouTube Gaming, anda boleh klik pautan ini.


TIPS & ULASAN