Cari @ Amanz

Semalam semasa pelancaran siri Redmi K20, iaitu Redmi K20 dan Redmi K20 Pro – Redmi turut melancarkan beberapa produk gaya hidup. Redmi adalah sub-jenama Xiaomi, jadi tidak dinafikan cara pemasaran produk-produk mereka adalah sama. Bersama-sama dengan siri Redmi K20 semalam, sebuah bagasi di bawah jenama Redmi turut dilancarkan.

Memperkenalkan Redmi Travel Case. Ia adalah sebuah bagasi bersaiz 20-inci dengan tanda harga yang amat berbaloi untuk dimiliki. Bahan binaan bagasi ini adalah tiga lapisan Costron PC, kemasan pusam dan berwarna merah menyala dengan penjenamaan Redmi di hadapan. Bagasi ini turut mempunyai perlindungan kali hentakan dan pemegang yang selesa dicengkam.

Di bahagian dalam bagasi ini, Redmi menggunakan bahan kain yang fleksibel untuk membahagikan bahagian-bahagian bagasi, seperti poket dengan kain jaring dan kain pembahagi lainnya adalah lembut dan mesra kulit. Bagasi ini dijual pada harga RMB299 sahaja, iaitu sekitar RM181.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd