Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Skrin Boleh Lipat Xperia F

Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Skrin Boleh Lipat Xperia F

Diterbitkan pada Mei 30, 2019 oleh .

Sony mungkin tidak lagi melihat Malaysia sebagai pasaran utama telefon pintar mereka tetapi mereka masih bertekad kekal menghasilkan peranti pintar. Terdapat laporan bahawa seperti Samsung dan Huawei, Sony sedang membangunkan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat yang menggunakan nama Xperia F.

Peranti dipercayai mempunyai skrin OLED boleh lipat dengan nisbah 21:9 yang dikeluarkan oleh Samsung. Dengan Galaxy Fold ditangguhkan kerana masalah skrin dan Mate X mungkin tidak dilancarkan kerana masalah sekatan penggunaan Android, mungkin Xperia F mempunyai peluang menjadi peranti skrin boleh lipat yang berjaya di pasaran. Buat masa sekarang kita hanya boleh menanti kerana Sony biasanya melancarkan peranti mercu mereka di IFA pada bulan Ogos.


Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Skrin Boleh Lipat Xperia F

Sony mungkin tidak lagi melihat Malaysia sebagai pasaran utama telefon pintar mereka tetapi mereka masih bertekad kekal menghasilkan peranti pintar. Terdapat laporan bahawa seperti Samsung dan Huawei, Sony sedang membangunkan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat yang menggunakan nama Xperia F. Peranti dipercayai mempunyai skrin OLED boleh lipat dengan nisbah 21:9 yang dikeluarkan oleh Samsung. […]




TIPS & ULASAN