Google Menyenaraikan Semula Huawei Mate 20 Pro Untuk Ujian Android Q

Google Menyenaraikan Semula Huawei Mate 20 Pro Untuk Ujian Android Q

Diterbitkan pada Mei 31, 2019 oleh .

Sejak isu Huawei dan Amerika Syarikat (A.S), banyak syarikat dari A.S dipaksa untuk tidak lagi berurusan dengan Huawei. Antara syarikat yang terlibat adalah Google, yang tidak lagi memberikan lesen penggunaan Android kepada Huawei. Disebabkan itu juga, Huawei Mate 20 Pro telah dibuang dari 21 senarai yang boleh menguji Android Q secara terlebih awal.

Terkini, Google telah menyenaraikan balik Huawei Mate 20 Pro sebagai peranti yang layak menguji Android Q. Tidak pasti apakah sebab utama Google kembalikan kelayakan peranti ini. Ada kemungkinan besar, lesen sementara Google dan Huawei masih sah untuk Huawei menguji Android Q. Kerana arahan Trump adalah untuk peranti masa hadapan dan peranti sedia ada masih boleh diteruskan kemaskininya.

Jadi, bagi mereka yang ingin menguji Android Q pada Huawei Mate 20 Pro – anda kini bpleh lakukannya. Sementara itu, Huawei juga telah bersedia dengan sistem operasi tersendiri mereka – ArkOS yang tanda dagang telah pun didaftar baru-baru ini.


TIPS & ULASAN