Cari @ Amanz

Speaker pintar Galaxy Home diperlihatkan secara rasmi ketika pelancaran Galaxy Note 9 tahun lalu. Ia dilihat sebagai pesaing kepada Google Home. Amazon Echo dan Apple HomePod. Sebelum ini ia dikatakan akan dilancarkan pada bulan April. Tetapi sehingga kini ia masih belum dijual.

Terkini menurut laporan Korea Herald, Samsung mengesahkan pelancaran  Galaxy Home ditangguhkan ke suku ketiga 2019. Ia besar kemungkinan akan dilancarkan serentak dengan Galaxy Note 10 dan Galaxy Home Mini. Ini menjadikan Galaxy Home produk kedua selepas Galaxy Fold ditangguh tahun ini. Tiada sebab mengapa penangguhan pelancaran produk ini dilakukan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd