iOS 13 Meminjam Satu Fungsi Dari Peranti Sony Xperia

iOS 13 Meminjam Satu Fungsi Dari Peranti Sony Xperia

Diterbitkan pada June 6, 2019 oleh .

Kami amat yakin ramai yang teruja dengan pengumuman iOS 13 kerana ia membawakan pelbagai pembaharuan. Antaramuka mungkin tidak disentuh tetapi pelancaran aplikasi dua kali ganda lebih pantas serta tema gelap adalah antara yang mendapat reaksi positif dari pengguna. Tetapi salah satu fungsi iOS 13 meminjam fungsi yang telah wujud pada peranti Sony Xperia sejak beberapa tahun yang lalu.

Menerusi iOS 13, fungsi Optimised Battery Charging akan hanya menghabiskan lebihan baki 20% pengecasan bateri mengikut tabiat pengguna. Ini berguna bagi mereka yang mengecas peranti ketika tidur. Membiarkan telefon terpasang pada pengecas selepas bateri telah dicas melebihi 100% boleh memendekkan hayat bateri. Ia boleh dinyahaktifkan sekiranya pengguna tidak memerlukannya.

Sistem ini sama dengan Battery Care yang disertakan pada peranti Sony Xperia sejak 2016. Pada peranti Sony, baki 10% pengecasan akan dilakukan perlahan-lahan mengikut tabiat harian pengguna. Ini dipadakan pula dengan teknologi Qnovo Adaptive Charging yang membolehkan hayat bateri kekal 100% selama dua tahun.

Baca – 20 Perkara Paling Menarik Pada iOS 13


TIPS & ULASAN