Cari @ Amanz

Essential Phone adalah peranti mercu Android pertama yang mempunyai takuk yang popular. Ia juga mempunyai rekaan yang seksi, yang mana hampir nirbingkai. Sayang sekali, peranti ini adalah seperti Google Pixel – ia tidak masuk ke pasaran Malaysia.

Terkini Andy Rubin, iaitu CEO kepada Essential telah membalas kicauan yang berusia 9 bulan secara tiba-tiba. Beliau telah membalas kicauan seorang pengguna yang menginginkan peranti Essential yang baru. Menurut beliau, Essential akan mengumumkan sesuatu yang baru tidak lama lagi.

Adakah ia Essential Phone 2? Adakah sebuah peranti mercu baharu dengan nama lain? Itu tidak pasti lagi. Pada bulan Mei tahun lepas, mereka telah membatalkan hasrat untuk hadir dengan peranti baru. Namun, bulan Oktober tahun lepas – mereka dilaporkan sedang membangunkan peranti yang mempunyai kecerdasan buatan yang boleh memimik pengguna.

Essential turut mempunyai paten untuk peranti dengan sistem kamera pop-naik. Mungkin ini adalah peranti tersebut. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd