Carian
Huawei Menangguhkan Hasrat Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Pertama Dunia
June 12, 2019 Fahim Zahar

Huawei pada Ogos tahun lepas telah berjaya mengatasi Apple, untuk menjadi pengeluar peranti kedua terbesar di dunia. Beberapa hari kemudian, Huawei dilaporkan turut ingin menjadi pengeluar telefon pintar pertama di dunia menjelang penghujung tahun 2019. Tetapi nampaknya, hasrat Huawei ini terpaksa ditangguhkan seketika atas beberapa isu yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Huawei P30

Pada acara CES Asia di Shanghai, Ketua Pemasaran Huawei – Shao Yang mengatakan yang Huawei telah menjual sekitar 500,000 hingga 600,000 unit telefon pintar sehari. Dengan jualan seperti ini, beliau mengharapkan boleh menjadi pengeluar peranti terbesar untuk suku keempat tahun 2019. Tetapi atas beberapa faktor, hasrat ini terpaksa ditangguhkan dan untuk digelar sebagai pengeluar pertama terbesar ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Sudah jelas di sini, hasrat Huawei terpaksan ditangguhkan dek kerana isu Huawei da Amerik Syarikat yang sehingga hari ini belum selesai lagi. Menurut sumber, penganalisa menjangkakan jualan Huawei untuk suku keempat tahun ini akan menurun sehingga suku daripada kutipan sebelumnya.

Komen