Asus Zenfone 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Asus Zenfone 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Pada pertengahan Mei yang lalu Asus Zenfone 6 telah dilancarkan dengan sistem kamera berputar yang menarik. Menerusi mekanisme berputar ini, kamera utama pada bahagian belakang boleh digunakan sebagai kamera swafoto. Ini meletakkannya sebagai peranti dengan markah swafoto tertinggi DXOMark. Terkini pihak Asus Malaysia mengesahkan Asus Zenfone 6 akan dilancarkan di pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Asus Zenfone 6Asus Zenfone 6 hadir dengan skrin 6.4-inci IPS LCD, cip Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 2.1. Kamera utama merangkap swafoto menggunakan sensor 48+13 Megapixe dengan sensor kedua dilengkapi lensa ultra sudut lebar. Bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan Quick Charge 4.0 18W disertakan. Ini menjadikannya peranti mercu dengan kapasiti bateri yang amat besar.

Tiada tarikh pelancaran atau model yang akan dibawa masuk dikongsi pada waktu ini. Tetapi dengan penawaran harga yang kompetitif, ia mungkin akan menjadi peranti mercu yang baik untuk penggemar fotografi di Malaysia.


TIPS & ULASAN