Cari @ Amanz

Firma Cellebrite muka dikenali ramai selepas perkakasan mereka digunakan oleh FBI bagi membaca data iPhone 5C yang digunakan pengganas San Bernardino. Walaupun perkakasan mereka gagal untuk mendapatkan data yang diperlukan, nama mereka akan muncul kerana mereka mendakwa menemui beberapa kerentanan sekuriti pada iOS yang memaksa Apple melakukan tampalan dengan segera.

Terkini mereka mendakwa versi terkini Universal Forensic Extraction Device Premium (UFED Premium) mereka boleh mengekstrak data dari semua peranti Android dan iOS. Pengekstrakan data masih boleh dilakukan walaupun peranti menggunakan sistem operasi iOS 12.3. UFED Premium memerlukan sambungan secara fizikal dilakukan bagi mengekstrak data dari peranti. Ia juga hanya dijual kepada agensi kerajaan namun telah berlaku beberapa kes ia dilelong secara atas talian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd