Cari @ Amanz

Meitu tidak lagi membangunkan peranti mudah-alih dan kini ia telah digalas oleh pihak Xiaomi. Setelah dua bulan pengambil-alihan perniagaan mudah-alih ini, Xiaomi memperlihatkan peranti Meitu yang diusahakan oleh mereka.

Peranti Meitu yang dibangunkan Xiaomi ini telah diperlihatkan oleh CEO Xiaomi sendiri melalui laman Weibo beliau. Perkongsian ini turut memperlihatkan penjenamaan “Little Fairy” yang mana berkemungkinan akan dikenali sebagai Mi CC9.

Apa yang menarik di sini, peranti Meitu ini akan membawa rekaan kamera utama boleh berputar ke hadapan, seumpama yang dilihat pada peranti ASUS ZenFone 6 (2019). Dengan rekaan ini, pengguna dapat menikmati kamera utama sebagai kamera swafoto, dengan bahagian peranti yang boleh dilipat ke atas.

Peranti ini dijangka akan menyertakan paparan berasaskan AMOLED dengan penyertaan pengimbas cap jari di bahagian bawah skrin. Ia juga bakal dijana dengan cip Snapdragon 730, selain membawakan kamera 48MP bersama penyertaan sensor telefoto dan ultra-lebar.

Walau bagaimanapun, peranti ini masih dipertingkat ura-ura dan tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancarannya. Sekiranya ia berjaya produk untuk pengguna, ia mungkin akan menjadi peranti alternatif kepada Mi 9T dengan rekaan kamera boleh putar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd