Cari @ Amanz

Xiaomi pada sebelum ini telah mengambil-alih bahagian telefon pintar Meitu, yang mana mereka akan membangun, mengeluar, dan memasarkan telefon pintar Meitu ini. Namun begitu, Xiaomi mengatakan bahawa mereka tidak akan hadir dengan peranti berjenama Meitu ini sehingga tahun 2020.

Dengan perkara ini, peranti yang akan dilancarkan pada 2 Julai kelak bukanlah telefon berjenama Meitu, tetapi adalah telefon dengan membawa penjenamaan Xiaomi. Telefon yang bakal diumumkan akan dikenali sebagai Xiaomi CC9, yang mana merupakan siri telefon yang memfokuskan kepada golongan muda.

Menurut CEO Xiaomi, telefon berjenama Meitu akan ditawarkan bermula tahun depan, sekaligus peranti yang membawa kamera yang boleh diterbalikkan tidak akan hadir pada tahun ini. Namun begitu, peranti Xiaomi CC9 akan membawa teknologi pengimejan Meitu terutama dari segi teknologi kamera hadapan.

Buat masa ini, Xiaomi akan memfokuskan kepada pengeluaran Xiaomi CC9, yang mana akan dilancarkan pada 2 Julai ini. Peranti ini dijangka akan membawakan cip pemprosesan siri Snapdragon 7xx, sokongan tri-kamera, dan dilengkapi dengan kamera hadapan 32MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd