Nokia 2 Tidak Akan Menerima Kemas Kini Ke Android Pie

Nokia 2 Tidak Akan Menerima Kemas Kini Ke Android Pie

Diterbitkan pada June 29, 2019 oleh .

HMD Global pengeluar peranti Nokia sebelum ini mensasarkan untuk memberikan kemas kini Android Pie pada kesemua peranti keluaran mereka. Sasaran ni nampaknya tidak dapat dilakukan pada Nokia 2 kerana beberapa halangan teknikal.

Menurut pengumuman yang dilakukan pada forum komuniti rasmi, Nokia 2 tidak akan lagi menerima kemas kini ke Android 9 Pie kerana gagal melepasi tahap penggunaan yang optimum. Tidak seperti Nokia 1 yang baru menerima kemas kini Pie minggu ini, Nokia 2 tidak menggunakan Android Go. Oleh itu pemproses kelas asas ini tidak mampu menjalankan Android versi penuh dengan memuaskan. Pada Mac lalu kemas kini ke Android 8.1 Oreo diberikan kepada Nokia 2 sebagai pilihan.


TIPS & ULASAN