Samsung Galaxy Watch Active 2 Turut Akan Hadir Dengan ECG Dan Pengesan Jatuh

Samsung Galaxy Watch Active 2 Turut Akan Hadir Dengan ECG Dan Pengesan Jatuh

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Watch Active 2 akan dilancarkan serentak dengan Galaxy Note 10. Sebelum ini rekaannya tanpa bezel berputar telah tertiris. Ia juga bakal hadir dengan dua pilihan saiz berbeza tidak seperti Galaxy Watch Active generasi pertama. Hari ni laman Sammobile sekali lagi mendapat maklumat baharu yang menunjukkan jam tangan pintar ini akan mempunyai fungsi yang sama seperti sebuah Apple Watch 4.

Pertama sekali ia akan mempunyai sistem ECG yang boleh mengesan ritma jantung yang tidak normal. Menerusi ECG, serangan jantung dapat dikesan sebelum berlaku dengan amaran diberikan kepada pemakai. Terdapat banyak berita melaporkan pemakai Apple Watch  4dapat mengesan serangan jantung lebih awal kerana fungsi ECG.

Fungsi kedua yang dipinjam dari Apple Watch 4 ialah pengesan jatuh. Apabila ia mengesan pemakai jatuh, sistem SOS akan melakukan panggilan kecemasan bagi pihak pemakai dan memberikan notifikasi kepada insan terdekat. I amat berguna untuk warga emas yang tinggal berseorangan. Dengan sokongan dua fungsi yang disenaraikan tadi, Apple Watch mungkin akan diberikan saingan kerana pada waktu ini ia mendominasi pasaran jam tangan pintar dunia.


TIPS & ULASAN