Cari @ Amanz

Rekaan Dua Fon Kepala Dan Satu Fon Telinga Nirwayar AKG Tertiris

Link Copied!

Samsung mengambil alih firma AKG menerusi pembelian Harman pada tahun 2017. Sejak itu telefon mercu keluaran Samsung ditawarkan dengan fon telinga berjenama AKG sebagai standard. Awal tahun ini Galaxy Buds telah dilancarkan dengan audio yang ditala oleh AKG. Hari ini rekaan dua fon kepala dan satu fon telinga nirwayar AKG telah tertiris menerusi aplikasi Samsung SmartThings.

Fon telinga AKG N400 mempunyai rekaan seakan Gear Icon X lengkap dengan sayap kecil yang membolehkannya melekap lebih teguh pada telinga. Ini memberikan petanda ia mungkin direka untuk digunakan untuk mereka yang ingin mendengar audio sambil bersenam.

Fon kepala AKG Y400 dan AKG Y600 pula adalah dua fon kepala nirwayar dengan saiz berbeza. Terdapat beberapa butang kawalan pada bahagian sisi fon kepala. Memandangkan ketiga-tiga aksesori audio ini muncul di dalam versi terkini aplikasi SmartThings, pelancarannya mungkin akan berlaku dalam masa terdekat. Tidak mengejutkan jika ia dilancarkan serentak dengan Galaxy Note 10 kelak.


Komen ()