Halangan perdagangan ke atas Huawei yang dikenakan pada bulan Mei lalu mungkin akan berakhir dalam masa terdekat. Menurut laporan Reuters, Huawei akan diberikan lesen untuk berurusniaga dengan syarikat dari A.S dalam masa dua hingga empat minggu sahaja lagi. Ini adalah menurut sumber pegawai kanan Amerika Syarikat di dalam pentadbiran Donald Trump.
Halangan perdagangan dikenakan ke atas Huawei selepas mereka dituduh terlibat dalam pengintipan bagi pihak kerajaan China. Presiden Donald Trump kemudian berkata halangan akan ditarik selepas melakukan pertemuan empat mata dengan presiden Xi Jinping dua minggu lalu. Walaupun alasan pengintipan digunakan, ramai penganalisa percaya ia hanya langkah untuk memaksa Beijing menerima tarif yang ingin dikenakan oleh A.S ke atas produk yang diimport dari China.
Impak halangan ke perdagangan ini bukan sahaja merugikan Huawei tetapi menyebabkan Samsung turut terjejas kerana mereka akan pengeluar komponen untuk pesaing terdekat mereka. Pada waktu yang sama syarikat teknologi dari A.S sendiri menggesa kerajaan supaya tidak meneruskan cadangan mengenakan tarif yang tinggi kerana akan menjejaskan perniagaan mereka.