Cari @ Amanz

Hujung bulan Jun lepas, peranti yang dikatakan Honor 9X telah tertiris. Ia dijangka akan hadir dengan rekaan skrin nirbingkai penuh, sistem kamera swafoto pop-naik dan dijana Kirin 810. Kemudian, awal bulan Julai poster rasmi telah diterbit yang menyatakan Honor 9X bakal dilancarkan pada 23 Julai ini.

Terkini, dua imej pengolokan rasmi telah tertiris. Honor bukan sahaja akan melancarkan Honor 9X, tetapi turut akan melancarkan Honor 9X Pro. Honor 9X akan hadir dengan skrin 6.39-inci LCD, memori 4/6/8 GB RAM, storan dalaman 64/128/256 GB, kamera utama 48+2 Megapixel dan kamera swafoto pop-naik 16 Megapixel. Manakala Honor 9X Pro pula mempunyai skrin 6.59-inci, memori 6/8 GB RAM, storan dalaman 128/256 GB, kamera utama mempunyai lensa tambahan 8 Megapixel dan kamera swafoto pop-naik dijangka adalah 32 Megapixel.

Kedua-dua peranti ini mempunyai kapasiti bateri 3900mAh dan juga sokongan kad mikroSD sehingga 512 GB. Bukan itu sahaja, jika dirujuk di laman TENAA kedua-dua peranti ini mungkin menggunakan cip pemprosesan yang sama – Kirin 810. Kita hanya akan ketahui maklumat lanjut pada 23 Julai kelak, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd