Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lalu, Netflix menguji pelan baharu khusus untuk pengguna peranti mudah alih di Malaysia. Yuran langganan bulanan hanya RM17 tetapi ia menghadkan penstriman pada peranti mudah alih, tiada sokongan HD dan hanya boleh digunakan satu pengguna pada satu-satu masa. Netflix hari ini mengesahkan pelan ini akan ditawarkan secara rasmi kepada pengguna di India pada suku ketiga 2019. Pengumuman dilakukan menerusi surat kepada pelabur yang diterbit hari ini.

Netflix MobileSama seperti pelan mudah alih di Malaysia, pelan untuk peranti mudah alih ini akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Hanya satu pengguna boleh menstrim, penstriman dihadkan ke resolusi 480P, dan tiada sokongan penstriman pada PC, TV pintar, Konsol serta Chromecast.

Sebelum ini India adalah negara yang mempunyai jumlah pengguna Netflix pada peranti mudah alih tertinggi di dunia diikuti oleh Malaysia. Memandangkan Malaysia antara negara dimana pelan ini diuji, tidak mengejutkan jika pelan ini ditawarkan di negara kita kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd