Toyota Akan Menghasilkan 200 Kenderaan Elektrik Untuk Sukan Olimpik 2020 Tokyo

Toyota Akan Menghasilkan 200 Kenderaan Elektrik Untuk Sukan Olimpik 2020 Tokyo

Diterbitkan pada July 22, 2019 oleh .

Sukan Olimpik 2020 akan menjadi medan pemeran teknologi canggih dari negara Jepun. Pingat yang digunakan dihasilkan dari komponen elektrik, siaran langsung pada resolusi 8K dan penggunaan kereta swapandu. Toyota pula menghasilkan 200 kenderaan elektrik yang akan digunakan oleh kakitangan dan atlet sepanjang temasya.

Kenderaan elektrik Accessible People Mover (APM) ini boleh memuatkan lima orang penumpang ataupun dua penumpang dengan seorang pengguna kerusi roda. Selain menjadi sistem pengangkutan di perkampungan sukan, APM turut boleh digunakan untuk mengangkut tandu pesakit ketika kecemasan. Setiap APM boleh bergerak sejauh 100 kilometer dengan sekali caj dengan kelajuan maksimum 19 km/j. Dengan penggunaan kenderaan elektrik seperti APM, Olimpik 2020 bukan sahaja akan menjadi antara yang tercanggih tetapi juga antara yang paling lestari dalam sejarah.


TIPS & ULASAN