Carian
MIUI 10 Android Pie Versi Stabil Kini Hadir Untuk Xiaomi Mi 6
July 24, 2019 Fahim Zahar

Xiaomi Mi 6 adalah peranti mercu Xiaomi pada tahun 2017 dan ia dikuasakan dengan Snapdragon 835. Peranti ini merupakan peranti mercu kompak yang boleh didapatkan pada masa itu dan mempunyai kamera, prestasi dan juga pengalaman penggunaan yang memuaskan. Pada bulan Februari lepas, Xiaomi berhasrat untuk tidak mengemaskini peranti ini dengan Android Pie – kerana MIUI 10 sudah mempunyai ciri dan fungsi yang mencukupi.

Bulan April pula, Xiaomi mengubah fikiran dan mula mengedarkan MIUI 10 Android Pie versi percubaan buat pengguna-pengguna Mi 6. Kini, versi stabil MIUI 10 Android Pie mula diedarkan buat pengguna Mi 6. Bukan itu sahaja, ia tidak terhad kepada pengguna di China – tetapi kemaskini ini turut diedarkan secara global. versi MIUI 10 yang diedarkan adalah 10.4.1.0 dan ia diedarkan secara berperingkat. Tetapi, jika anda tidak ingin menunggu kemaskini ini secara OTA – anda boleh muat turun melalui pautan di bawah.

Komen