Kerjaya sebagai pemandu lori adalah antara yang bakal terancam kerana sistem swapandu yang dibangunkan oleh syarikat seperti Tesla. Tetapi sistem swapandu Tahap 4 masih belum sedia digunakan pada kesemua jalan raya. Untuk memenuhi keperluan industri pengangkutan Peloton memperlihatkan sistem swapandu Automated Following yang membolehkan dua lori treler dipandu oleh seorang drebar manusia secara serentak.
Lori treler dipandu manusia bergerak di hadapan dengan lori kedua dengan sistem swapandu tahap 4 mengekori di belakang. Sistem platooning ini dapat meningkatkan produktiviti drebar manusia kerana membawa lebh banyak kargo. Selain itu kos bahan api juga boleh dikurangkan sebanyak 7% kerana rintangan angin yang dapat dilakukan dengan dua lori yang bergerak dalam secara konvoi. Pihak Peloton kini bekerjasama dengan enam syarikat untuk menguji Automated Following.
Sistem pemanduan serentak yang serupa telah diuji oleh Sania di Singapura, tentera darat China dan tentera darat Amerika Syarikat sebelum ini.