Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan minggu lalu, Netflix telah melancarkan pelan khusus untuk peranti mudah alih di India hari ini. Pelan ini ditawarkan pada harga langganan RS199 (RM 12) sebulan. Menerusi pelan ini hanya satu telefon pintar atau tablet boleh menstrim kandungan Netflix pada satu-satu masa. Resolusi video juga dihadkan ke resolusi standard sahaja.

India menjadi negara pertama di dunia menerima pelan ini kerana ia mempunyai jumlah pengguna yang menstrim pada peranti mudah alih tertinggi di dunia. Netflix belum mengumumkan sama ada pelan yang sama akan ditawarkan ke pasaran lain. Sebelum ini pelan ini telah diuji di Malaysia dengan penawaran RM17 sebulan. Ini adalah jauh lebih murah berbanding pelan paling premium RM51 yang membolehkan empat pengguna menstrim kandungan pada resolusi 4K dan HDR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd