Cari @ Amanz

Corsair merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena perkakasan komputer dan permainan. Terkini, hari ini pihak Corsair mengumumkan pengambil-alihan salah satu pengeluar PC permainan popular, iaitu Origin PC.

Corsair Origin PC

Origin PC sebelum ini sedia terkenal dalam menawarkan komputer yang dioptimasikan khusus mengikut permintaan pengguna, sekaligus memastikan pengalaman permainan dan perkomputeran menarik dinikmati pengguna.

Corsair mengatakan penjenamaan Origin PC akan dikekalkan seperti biasa. Namun, kita akan mula melihat integrasi pelbagai teknologi dan penawaran perkakasan daripada Corsair pada komputer yang disediakan Origin PC pada masa akan datang.

Sebelum ini sendiri, Corsair telah memperlihatkan komputer Corsair One mereka, selain mana turut telah mengambil-alih syarikat Elgato Gaming pada 2018 lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd