Cari @ Amanz

Sokongan Apple AirPlay 2 dan HomeKit pada peranti keluaran pihak ketiga diumumkan oleh Apple tahun lalu. Samsung kemudian menjadi pengeluar pertama memberikan sokongan kedua-dua fungsi ini pada televisyen pintar keluar mereka pada Mei lalu. Hari ini giliran LG pula memberikan kemas kini kepada televisyen pintar

Kemas kini ini diberikan enam bulan selepas pengumuman dilakukan oleh LG pada Januari tahun ini. Buat masa ini sokongan AirPlay 2 dan HomeKit hanya diberikan kepada televisyen pintar yang dilancarkan pada tahun 2019. Pihak LG tidak mempunyai perancangan untuk memberikan fungsi ini pada model-model lama.

Selain Samsung dan LG, Vizio dan Sony juga mempunyai perancangan memberikan kemas kini yang serupa pada televisyen keluaran mereka. Sokongan ini diberikan sebelum perkhidmatan penstriman Apple TV+ dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Senarai model televisyen yang akan menerima kemaskini adalah seperti di bawah.

  • LG Super UHD AI ThinQ — Models SK80SK81SK85SK95
  • LG NanoCell AI ThinQ — Models SM98, SM90, SM86, SM82
  • LG OLED AI ThinQ — Models B9, C9, E9, W9
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd