(Rasmi) Apple Mengambil Alih Perniagaan Modem Telefon Pintar Intel

Diterbitkan pada July 26, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini mengesakan pengambilalihan perniagaan modem telefon pintar milik Intel dengan nilai $1 bilion. Dengan pengambilalihan ini Apple turut mengambil 2200 kakitangan, kelengkapan dan hakcipta intelek yang dipegang oleh Intel dalam sektor ini. Di dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, urusan pengambilalihan ini akan dilengkapkan pada suku keempat 2019. Apple kini memegang lebih 17,000 paten teknologi nirwayar, selular dan modem.

Intel secara mengejut menghentikan perniagaan modem peranti mudah alih mereka pada April lalu selepas Apple menandatangi perjanjian menggunakan modem keluaran Qualcomm. Ura-ura Apple akan mengambil alih perniaghaan ini kemudian didengari pada bulan Jun. Dengan pengambilalihan ini Apple berharap akan dapat mempercepatkan proses menghasilkan modem sendiri supaya tidak lagi bergantung kepada pihak ketiga.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami