Cari @ Amanz

Google Assistant Go Dan Google Lens Akan Digabungkan Dalam Aplikasi Google Go

Link Copied!

Pada acara MWC 2018, beberapa peranti kelas permulaan dilihat telah mula menggunakan sistem operasi Android Go. Android Go adalah sistem operasi Android asli yang lebih ringan. Dalam sistem operasi ini juga, aplikasi-aplikasi Google yang digunakan adalah versi ‘Go‘ yang mana juga lebih ringan. Contohnya, Google Maps Go, Google Go, Google Assistant Go dan banyak lagi.

Baru-baru ini Google telah mengadakan acara khas di Nigeria, Google for Nigeria. Di acara ini Google telah mengumumkan aplikasi galeri luar talian Gallery Go. Selain itu, Google turut mengatakan yang aplikasi Google Assistant Go dan Google Lens kelak akan diintegrasikan terus dalam aplikasi Google Go. Dengan integrasi ini ia akan lebih memudahkan pengguna yang tidak ingin memasang banyak aplikasi dalam satu peranti.

Perubahan ini buat masa ini hanyalah satu pengumuman sahaja. Tiada masa untuk bila kemaskini ini akan diedarkan. Menjadikan perkara ini lebih menarik, Google Go serba baharu ini tidak terhad kepada Nigeria sahaja – tetapi akan diedarkan kepada semua pengguna kelak.


Komen ()