Carian
TM Mengumumkan Pakej Streamyx Baru – 8Mbps Pada Harga RM89 Sebulan
July 27, 2019 Aman

Bersama-sama pengumuman penggunaan teknologi GigaWire untuk mengatasi masalah capaian rangkaian, pihak TM hari ini turut mengumumkan sebuah pelan baru untuk Streamyx, iaitu pakej kelajuan mencapai 8Mbps pada harga RM89 sebulan.

Menariknya, pengguna sedia ada boleh menikmati pakej ini pada harga promosi RM69 sebulan. Harga baru ini adalah untuk pengguna perumahan sahaja, dan tiada pengumuman untuk pengguna perusahaan buat masa ini.

Perubahan harga ini semestinya akan diminati ramai pengguna, apatah lagi sebelum ini ramai yang perlu membayar sehingga RM110 sebulan untuk pakej 1Mbps sahaja.

TM dijangka akan berkongsi lanjut mengenai promosi baru ini tidak lama lagi. TM turut mengatakan yang mana mereka akan turut hadir dengan penawaran nirwayar tersendiri dalam mengatasi masalah rangkaian yang dihadapi oleh pengguna Streamyx tidak lama lagi.

Komen